Monday, August 1, 2011

khaSiat BuaH KuRma

Assalamualaikum sume...
Memandangkan skrg dah masuk bulan Ramadhan, hari ni Farah nk share ngan you all pasal khasiat Buah kurma. Nak tau x pe khasiat dia? Jom kita tengok di bawah ni...

1.Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera.
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi (lebih tinggi dari pisang), kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang diserap tubuh serta-merta. Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.Oleh yang demikian, makanlah kurma ketika berbuka puasa kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera.

2 – Kaya dengan serat dan potassium
Kita memakan kurma tanpa perlu membuang kulitnya dan ini unik kerana jangan tak tahu, pada kulitnya itulah terkandung serat. Benar, kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut.Ini amat baik untuk sistem pelawasan. Selain mengandungi vitamin A dan C (tak banyak, tetapi signifikan), kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium (zat galian) adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.


3 – Penguat memori
Ramai mungkin menganggap hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai buat kanak-kanak yang sedang membesar.


4 – Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita tersebut ketika melahirkan anak dengan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah)


Khasiat sampingan pula dapat :
Merawat penyakit 
Penawar Racun
Mengubati gangguan usus dan sembelit
Mengatasi masalah insomnia
Meredakan Tekanan Darah

No comments:

Post a Comment