Wednesday, August 3, 2011

pose oh pose ^_^

Selamat Berpuasa Sume



Tahun ni Farah dapat pose spenuhnye ngan family. Klu thun2 b4 diz dah nk raye bru la dpt blik.. yang pling sedey masa duk kt matrik dlu. Time 2 la, first time duk bjauhan ngn family. Masa nk berbuka asyik ingt kt lauk mk masak je..hehe.. Tp nseb bek la ade kawan2. Dapt gak hilgkan rase sedey time 2.. Sekarang dah duk kt U ni suasana bbuka pose 2 len ckit drp msa kt matrik dlu. Kt U ni kene bdikari ckit, makan pun kene bli. Masa kt matrik dlu makanan free..(thanks to MARA). Tp yg bez kt U ni Farah suke g bazar Ramadhn coz ramai gak ar yg jual smpai pening gak la nk beli yg mana 1. Haha...

Skarg ni dah nk masuk sem3 dh pun. Budk2 degree dapt cuti slama 4bln thn ni, so dpt ar Farah full time bbuka n beraya bsama family thn ni..haha.. K la, dikesempatan ni Farah nk ucapkan Selamat menunaikan Ibadah Puasa kpd sume muslimin & muslimat.. Jangan ponteng2 pose tau..hehe

Monday, August 1, 2011

Rahsia Melalui Tulisan

Assalamualaikum...
kali ni Farah nk share ngan you all pasal 'Rahsia Melalui Tulisan'. Artikal ni Farah amik kt satu laman web yg dikaji oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Korang tengok la ye,mane satu yg sama ngn korng...

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan



i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan


i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

p/s: so, agak2 korg punye tlisan yg mane satu ye?
 
 

khaSiat BuaH KuRma

Assalamualaikum sume...
Memandangkan skrg dah masuk bulan Ramadhan, hari ni Farah nk share ngan you all pasal khasiat Buah kurma. Nak tau x pe khasiat dia? Jom kita tengok di bawah ni...

1.Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera.
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi (lebih tinggi dari pisang), kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang diserap tubuh serta-merta. Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.Oleh yang demikian, makanlah kurma ketika berbuka puasa kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera.

2 – Kaya dengan serat dan potassium
Kita memakan kurma tanpa perlu membuang kulitnya dan ini unik kerana jangan tak tahu, pada kulitnya itulah terkandung serat. Benar, kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut.Ini amat baik untuk sistem pelawasan. Selain mengandungi vitamin A dan C (tak banyak, tetapi signifikan), kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium (zat galian) adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.


3 – Penguat memori
Ramai mungkin menganggap hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai buat kanak-kanak yang sedang membesar.


4 – Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita tersebut ketika melahirkan anak dengan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah)


Khasiat sampingan pula dapat :
Merawat penyakit 
Penawar Racun
Mengubati gangguan usus dan sembelit
Mengatasi masalah insomnia
Meredakan Tekanan Darah